Sunday, February 22, 2009

Siri as-sunnah 1 - Mari berdoa dalam sujud !

Muslim dan muslimat yang saya cintai dan kasihi sekalian , ibadah Solat adalah ibadah yang pertama kali akan dihisab keatas diri kita dipadang Masyar nanti sebagaimana yang telah jelas kepada kita semua dalam hadits yang selalu kita dengar. Oleh hal yang demikian marilah kita jadikan ibadah solat kita yang terbaik sekali. Dan untuk menjadikan ibadah solat yang terbaik, panutan kita dalam mencontohi solat adalah rasul kita saw. Dalam satu haditsnya rasul saw telah bersabda ;

صلوا كما رأيتمو ني أصلي

yang bermaksud "Solatlah kamu semua sebagaimana kamu melihat aku solat" (Bukhari)

Dan di-dalam banyak-banyak hal yang kita sangat-sangat di anjurkan dalam solat ialah memperbanyakkan doa ketika sujud apatah lagi keadaan kita paling dekat dengan Rabb kita adalah ketika kita dalam keadaan sujud. Perhatikan hadits berikut yang diriwayatkan oleh abu hurairah ;

أقْرَبُ مَايَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَسَاجِدٌ, فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

yang membawa maksud " Paling dekat seseorang hamba dengan rabb-nya adalah ketika ia dalam keadaan bersujud, oleh itu perbanyakkan lah doa !" (Muslim hadits no. 1073 al minhaj syarah muslim oleh an-nawawi). Ini adalah anjuran/perintah dari nabi kita ar-rasul saw untuk kita memperbanyakkan doa ketika kita sujud, kenapa ? kerana kita pada saat bersujud kita adalah paling dekat dengan rabb kita. Dan di-antara contoh doa yang dibaca oleh junjungan kita saw dalam sujud adalah doa berikut yang oleh Imam Muslim telah meletakkan hadits ini dibawah bab, باب ما يقال في الركوع و السجود (Bab 42, kitab solat) dimana hadits ini juga di riwayatkan oleh abu hurairah , adalah rasul saw berdoa dalam sujudnya;


اللَّهُمّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ وأَوَّلَهُ وآخِرَهُ وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ

yang membawa maksud "Wahai allah, ampunkanlah dosa ku semua-nya, yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang nyata dan yang tersembunyi" (Muslim hadits no. 1084 dalam al-minhaj syarah muslim oleh an-nawawi ; Sahih Sunan Abu Daud oleh al-Bani hadits no. 878)

Muslimim dan muslimat yang saya kasihi sekelian , apa lagi yang tertinggal dalam doa ini ? Bukankah ianya mencakupi segala dosa-dosa kita ? Itulah yang dikatakan bahawa doa rasul saw adalah yang terbaik , ringkas tapi sarat dan padat makna-nya, mencakupi segala sesuatu. Oleh hal yang demikian sebagai akhir-nya , saya ingin mengajak semua muslimim dan muslimat yang sangat-sangat saya kasihi , marilah kita sama -sama memperbanyak-kan doa dalam sujud kita dan jadikanlah doa di atas salah satu doa yang kita amalkan dalam setiap solat kita. Marilah kita membawa anjakan paradigma ke arah yang lebih baik. Kalau selama ini kita jarang mengambil kesempatan untuk berdoa dalam sujud , tapi semata-mata berharap untuk berdoa bersama Imam selepas setiap kali solat, walaupun doa bersama Imam selepas solat tiada contoh-nya baik dari nabi kita dan para sahabat beliau rh. Marilah kita amalkan sunnah nabi kita, ar-rasul saw yang kita kasihi !

abu ishaq

Sunday, February 15, 2009

Ulasan Buku 1.


Tajuk buku : Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor.

Pengarang: Prof Dr Hamka

Penerbit : Pustaka Dini (2009), ms 114, RM 13.



Ini adalah lanjutan daripada polemik kaum muda dan kaum tua dahulu-nya (awal 50 an) dan Pak Hamka yang mewakili kaum muda telah menberikan satu jawapan yang berbentuk tulisan bagi menangani kenyataan Tuan Mufti terhadap kaum muda. Ditujukan bukan sahaja terhadap Mufti Johor ketika itu , Tuan Sayyid Alwi bin Tahir al hadad yang membantah kaum muda tetapi juga kepada umat islam Malaya yang ragu dan salah sangka terhadap pecinta al-quran dan as-sunnah. Sebagaimana kita ketahui tahun 50 an adalah waktu kehebatan gerakan pemurnian ajaran islam oleh golongan yang di labelkan sebagai golongan salafi/kaum muda. Tokohnya yang paling menonjol ketika itu adalah Ustaz Hassan Ahmad, lebih dikenali dengan Ustaz Hassan Bandung.Pergerakan yang semakin mendapat sambutan ini telah mendapat tempias-nya daripada golongan traditional. Apatah lagi buku "Soal-jawab agama" oleh Tuan Hassan Bandung telah menjadi sedikit keributan di Malaysia/Malaya ketika itu bahkan di haramkan edaran-nya .Saya sendiri tidak berupaya untuk mencari naskahnya dan alhamdulilah berhasil mendapatkan-nya 3/4 tahun yang lalu melalui edisi baru yang di kemaskinikan. Buku "soal jawab agama " ini memberi jawapan tuntas terhadap persoalan-persoalan fikah/ibadah berdasarkan al-quran & al-hadits sahih yang menjadi "trade mark" golongan salafi/as-sunnah.



Berbalik kepada perbahasan asal. Tempias daripada fitnah terhadap prinsip & manhaj salafi inilah membawa kepada lahirnya kenyataan oleh Tuan Mufti Johor dalam media " Semenanjung" keluaran 14/7/58 terhadap kitab "Ibadat Rasulullah" yang di tulis oleh Ustaz Abu Bakar Assyaari , juga seorang pembawa bendera islah, (islah/salafi/as-sunnah/kaum muda/wahabi/reformis adalah dari konotasi yang sama , sekadar memudahkan perbincangan dan ulasan) dari Perlis. Secara spesifiknya kenyataan beliau adalah dikatakan jutaan telah masuk kristian dan menjadi komunis konon-nya was-was yang dibawa oleh kaum muda, Kaum muda menerima fatwa dari Qadiani ?, serta kaum muda tidak percaya kepada tiang agama ?. Selain daripada menjawab secara tuntas persoalan-persoalan di atas oleh Bapak Hamka, masalah Khilafiah juga di sentuh seperti masalah melafaz niat dengan ussalli yang tiada berasal dari nabi saw, juga sahabat , juga ke-empat Imam yang keterangan-nya di ambil dari kitab "Zaadul Ma'ad' oleh Ibnu Qayyim , sekadar mengambil contoh. Juga penderian kaum muda terhadap beberapa perkara "tambahan".


Dan terhadap kenyataan yang mengatakan kaum muda tidak menghormati ulama ?, oleh kaum tua membawa kepada konotasi bahawa bagi mereka mewajibkan kita bertaqlid kepada ulama , yang bagi mereka taqlid mahu dijadikan tiang agama. Apa pun untuk mendapatkan penjelasan , saya menyarankan kepada para pembaca untuk mendapatkan naskah ini. Usaha Pustaka Dini dalam menerbitkan karya Pak Hamka ini adalah satu usaha yang patut di puji apatah lagi sebahagian besar karya karya Pak Hamka yang lain-nya telah juga di-terbitkan oleh penerbitan yang sama melainkan karya Pak Hamka yang klasik iatu Tafsir Al-Azhar. Selamat menbaca !


ulasan oleh : abuishaq

Wednesday, February 11, 2009

Salam Pengenalan...........


Assalamualaikum ...saudara ku muslimin dan muslimat semua, semuga kita semua di rahmati allah swt . Sebagai menyahut arus aliran dakwah/tajdid/sunnah melalui media internet yang begitu pesat sekarang ini, saya kira saya juga harus bersama arus tersebut demi memperkasakan medan dakwah islami, lebih-lebih lagi aliran sunnah. Pun begitu saya merasakan saya begitu kerdil apatah lagi saya bukan dari kalangan agamawan, namun latar belakang saya adalah bidang kejuruteraan. Mungkin ada baiknya saya memperkenalkan dulu sedikit latarbelakang saya. Saya anak Kelantan, tepatnya Pasir Mas. Mendapat pendidikan awal hingga tingkatan lima dan selepas MCE pada tahun 1979 saya ditawarkan biasiswa ke UK untuk mengikuti A level di City of Bath Technical College, seterusnya ke University of Liverpool dalam bidang Civil Engineering dan akhirnya ke University of Strathclyde dalam bidang Water Engineering......kiranya cukup untuk latarbelakang pendidikan.


Namun semasa di UK lah saya bersama arus islami dari segi fikrahnya memikirkan semasa di UK dengan budaya barat yang menghayutkan bahkan boleh menyesatkan, secara spontan kita dengan sendirinya harus pertahankan identiti islam kita. Disinilah tasawwur islami di pertingkatkan melalui pembacaan , usrah , islamic gathering......dsb-nya. Ya disini lah saya mengenali YB Dr. Dzulkefli Ahmad, MP Kapar dari IRC ketika itu. Beliau bagi saya seorang yang sangat warak dan tawaddhu dan saya kagum dengan beliau. Seorang yang sangat luas pembacaannya dan penyampai tazkirah yang handal,.......kiranya cukup untuk latar belakang fikrah saya ketika itu.




Kembali ke tanah air saya berkhidmat di Kelantan pada awalnya. Dan disinilah saya di perkenalkan dengan aliran sunnah. Ya...kelantan serambi mekah dengan aliran tradisional yang kuat ! Amalan masyarakatnya (sudut ibadahnya) banyak di pengaruhi oleh pengaruh ini.... Saudara-saudari ku kaum muslimim , disini jugalah saya mula menambah pembacaan saya dan juga mula bersikap kritikal sedikit....maksud saya apakah di sana terdapat dalil sahih ....tentang amalan-amalan tersebut. Apatah lagi semasa di England , sewaktu beriteraksi dengan saudara seislam dari arab saudi, iraq, mesir dan negara timur tengah amalan yang saya maksudkan tidak dilakukan oleh kaum muslimin sebelah sana. Sikap kritikal saya mendorong saya untuk menilai dari sudut kesahihan hadits-hadits yang dijadikan hujah. Apatah lagi ulamak tersohor dari Kelantan , Tok Kenali rh rupanya seorang ulamak yang beramal dengan sunnah nabi saw. Ini saya dapati daripada pembacaan saya dari hasil penulisan seorang ulamak aliran sunnah yang terkenal di Kelantan , siapa lagi kalau tidak al-ustaz Abdullah al-qari dari Kubang Kerian. Beliau juga menjadi ulamak penegak sunnah panutan saya. Pengalaman pertama saya berjumpa dengan beliau dirumahnya masih dalam ingatan saya . Beliau secara langsung mengingatkan saya sewaktu akan berpisah supaya saya bersungguh menegakkan sunnah nabi saw !.Dan seorang lagi ulamak yang menjadi panutan saya dari Kelantan yang beraliran sunnah ialah al marhum al-ustaz Drs Abdul Ghani Azmi, pakar hadits dari Kelantan yang buah tulisan-nya menjadi koleksi saya.


Alhamdulillah saya juga berkesempatan untuk mengikuti pengajian bahasa arab bersama seorang saudara baru dari amerika , al-ustaz taha selama 3 tahun di Kubang Kerian. Program yang digunakan adalah program bahasa arab universiti Madinah ,karangan Dr Abdul Rahem. Beliau juga merupakan bekas pelajar Dr Abdul Raheem di Madinah.Dikesempatan inilah saya lebih lanjut diperkenalkan dan di interaksikan dengan aliran sunnah , dakwah salafiyah dsb-nya.


Itulah serba ringkas latar belakang saya untuk di kongsi bersama. Dan seperti yang telah saya nyatakan di awal-awal tadi saya ingin bersama dengan aliran sunnah ini dan juga mengambil bahagian dalam memperkasakan aliran ini. Tidak timbul soal Wahabi dan apa jua label yang dilemparkan. Walaupun dari sudut fiqh ibadah saya akui saya lebih memilih pandangan ulama-ulama dari arab saudi dan kitab kitab mereka menjadi rujukan saya dan keluarga. Bagi saya sekiranya hadits itu sahih , itulah hujah saya dan itulah yang akan menjadi junjungan saya. Oleh itu wahai saudara ku , muslimin dan muslimat yang saya kasihi semua marilah kita menyelusuri sunnah junjungan nabi kita saw. Bukankah dia saw rasul kita, bukankah dia saw panutan kita, bukankah dia saw yang akan memberi syafaat kepada kita ? Mana mungkin kita memperolehi syafaatnya sekira-nya kita tidak mengikuti contoh tauladan beliau dalam semua aspek kehidupan kita. Marilah kita menjadikan kecintaan kita pada beliau dengan kita mengikuti segala sunnah beliau yang agung. Bukan kah beliau saw telah menyebubkan dalam satu hadits; "Setiap insan akan bersama dengan orang yang dicintai-nya" (HR at-tarmizi/ abu daud). Inilah berita gembira yang besar untuk setiap mereka yang mencintai beliau saw.


Juga firman allah swt (yang bermaksud) ; "Barangsiapa yang menaati rasul , maka sesungguhnya dia telah menaati allah" (an-nasa'-80)


"Katakan lah , jika kamu mencintai allah, ikutilah aku, nescaya allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu" (ali-imran-31).


Insya-allah sebagai permulaan saya akan gunakan medan ini untuk membedah buku-buku yang kiranya perlu untuk diperkenalkan untuk tatapan umum (Maktabah salafiyah kami) dan juga siri-siri sunnah secara berkala. Semuga allah swt memberi kekuatan pada saya untuk ini dan semuga ianya menjadi salah satu amal jariah saya di hari saya berpisah dengan dunia yang fana ini juga penuh tipudya ini. ameen........