Monday, May 24, 2010

Ulasan Buku 4 - Dato Mufti Hj. Muhammad Nor Kelantan-Tokoh ulamak aliran Sunnah yang hafaz al-quran.


Tajuk buku : Ketokohan Dato' Mufti Haji Muhammad Nor.
Penulis : al-ustaz Abdullah al-Qari Hj Salleh.
Penerbit : Al-Hidayah (2010) Harga : RM 14.

Ini adalah satu buku yang perlu dimiliki oleh pecinta-pecinta sunnah negeri Kelantan khusus-nya dan di Malaysian am-nya kerana buku ini merupakan lakaran sejarah hidup tokoh ulamak yang terkenal lagi masyhur apatah lagi lakaran hidupnya diceritakan pula oleh 'tokoh sunnah' semasa yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Masyarakat Kelantan umum-nya mengenali Dato' Mufti Hj Muhammad Nor sebagai pengarang kitab Mustika Hadis dan Tafsir Pimpinan ArRahman. Jarang mereka mengenali betapa tokoh ulamak ini adalah seorang yang menperjuangkan sunnah ar- rasul saw dan beliau adalah seorang seorang bekas Mufti di Tanah Air satu-satu-nya setakat ini yang hafal al quran (al-hafiz) serta pakar dan mahir dalam qiraat al -quran.

Melihat kepada latar belakang keluarga dan pendidikan yang dilalui olehnya semasa kecil maka adalah tidak mengherankan apabila tokoh Mufti ini adalah seorang alim yang mencintai sunnah , pembenteras amalan bidaah yang berlaku dalam masyarakat di Kelantan khusus-nya . Ayahnya Hj Ibrahim Hj Yusof adalah juga bekas Mufti Negeri Kelantan. Fahamlah kita bahawa latar belakang keluarganya adalah latar belakang agama. Umurnya masih 8 tahun (1906) sudah dibawa ayahnya ke Mekah demi untuk menuntut ilmu agama dan disanalah beliau bergaul dan mampu bercakap bahasa arab dengan fasih. Juga sudah mula menghafal al-quran. Jadi adalah tidak megherankan kalau beliau seorang yang beraliran sunnah , melihat kepada suasana beliau di Arab Saudi dan beliau juga turut berperang semasa meletusnya "perang Wahabi" dimana beliau berada bersama pihak Kerajaan (Wahabi Mekah) pada masa itu. Beliau kembali ketanah Air dan kembali semula ke Mekah pada tahun 1929 dan tinggal untuk meneruskan pengajian selama lebih kurang 8 tahun dan berjaya menghafal al-quran (30 juzuk) serta memperoleh ijazah Qiraah. Beliau menghabiskan 7 qiraah dan lain-lain ilmu al-quran . Seterusnya menyambung pula pengajian qiraah empat belas dan berjaya menamatkan pengajian qiraah empat belas ini. Kalau inilah yang membelakangi latar belakang keilmuan beliau dalam bidang al-quran maka tidak heranlah beliau adalah tokoh yang pilih untuk menjadi pembimbing pertama Tahfiz di Masjid Negara (sebelum tertubuh-nya Darul Quran , Kuala Kubu Bharu) . Sekarang barulah saya (abu ishaq) mengetahui, bahawa inilah tokoh yang selalu disebut oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz , Menteri Besar Kelantan bahawa "orghe lain hantar anok murid untuk hafal al-quran tapi kito Kelate hantar tok guru quran !". Rupa-rupanya inilah tokoh yang dimaksudkan oleh Dato' Tuan Guru Menteri Besar !

Beliau juga seorang yang pakar dalam ilmu falak dan merupakan orang pertama yang menjadikan mata pelajaran ilmu falak diajar di Sekolah Jaaami Merbau (Kota Bharu) dan kepakaran dalam ilmu falak ini di akui oleh tokoh Falak seperti Sheikh Muhammad Tahir Jalaaluddin (Indonesia) dan Janan Taib (Guru di Masjidil Haram, Mekah) .

Disamping itu tokoh ini adalah juga Toko Pembahuruan. Beliau telah meninggalkan pengajaran secara mengenal Allah dengan Sifat Dua Puluh (20) kerana ianya berdasarkan sistem Mantiq orang-orang Yunani (Greek) dimana sistem ini menggunakan kaedah berfikir bahawa setiap sesuatu ada lawan-nya. Sebagai contoh kaedah untuk mengenal Allah mengikut kaedah ini. Allah itu "ada" ; lawan-nya "tiada". Dan apabila sifat Allah dilawankan , maka daripada satu , dia menjadi "dua" , sedangkan yang perlu diketahui hanya sifat-sifat Allah dan bukan-nya sifat makhluq. Itulah sebabnya pembelajaran tauhid kaedah ini mencelarukandan tidak segera dibawa kepada sasaran-nya. Maka pelajaran akan menjadi kaku dan tidak menarik . Oleh itu tidak hairanlah bila Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah pernah mengharamkan orang islam ,mempelajari Ilmu Mantiq Yunani kerana ia mengajar manusia menggunakan kekuatan akal semata-mata dengan meninggalkan wahyu atau pedomam Al-Quran dan Al-Hadis. Inilah yang di tegaskan oleh al-ustaz Abdullah Qari dalam tulisan-nya itu. Inilah sebab-nya Dato Mufti Hj Muhammad Nor mengajak murid-nya memerhatikan ayat-ayat Suci sebagai dasar untuk mengenal Allah seperti yang terdapat dalam surah al-ikhlas.

Dato' Mufti Hj Muhammad Nor juga adalah pecinta sunnah. Beliau menjelaskan tiada-nya amalan berjabat tangan sesudah salam sembahyang. Diceritakan bahawa beliau pernah berceramah pendek di Masijid Solehin , Kubang Kerian selepas sembahyang Jumaat , beliau melarang umat Islam menjadikan tradisi berjabat salam sesudah berwirid sembahyang dengan menghulurkan tangan ke kanan dan ke kiri di mana akan rosaklah agama islam apabila perbuatan itu di-anggap sebagian daripada sembahyang atau sebagai amalan syarak. Begitu juga beliau tidak merestui lagu-lagu al-quran (Tarannum) seperti kini (amalam ditanah air kita). Beliau pernah berkata " Wei ! Tok usah berlagulah!" (Untuk lebih mengetahui tulisan ilmiah berkenaan dengan tarannum ini , (di anjurkan atau tidak/ ada atau tidak) pembaca disarankan untuk mengikuti penulisan oleh al-ustaz Badrul Hisham Sulaiman dalam akhbar Harakah sedikit masa dulu. Al-ustaz Badrul Hisham adalah Guru di Maahad Muhammadi lelaki Kota Bharu dan graduan Universiti Islam Madinah). Diceritakan juga bahawa Dato Mufti juga pernah mengeluh tentang sebahagian guru-guru Pondok . Dimana katanya " Hanya sebahagian guru-guru Pondok yang menjadi masalah. Mereka tidak begitu ingin mengkaji Al-Quran dan Sunnah Nabi saw mengikut cara yang benar" (dimana menyebabkan mereka mengikut tradisi dan terlibat dengan bidaah-bidaah yang merugikan. Persoalan ini tidak lah asing bagi orang-orang Kelantan hatta pengulas sendiri (abu ishaq ) adalah juga orang Kelantan yang sangat arif tentang permasalahan dari segi penbawakan amalan-amalan yang dibawa oleh golongan Pondok kedalam masyarakat Kelantan. Dan Dato' Mufti adalah sangat sensitif dalam menghadapi bermacam-macam bidaah dalam masyarakat. Umum mengetahui bidaah yang paling besar di Kelantan adalah yang berhubung dengan kematian dan perkahwinan. Tahlilan , bacaan quran dan zikir yang di hadiahkan pada si mati dan juga kenduri arwah sudah menjadi sinonim dalam masyarakat di Kelantan . Dato Mufti tidak mengalakkan amalan pemberian sedekah (upah) kepada orang-orang yang datang untuk bersembahyang jenazah sebab ianya sudah menjadi kewajipan kepada orang yang hidup.

Itulah sebahagian daripada sikap Dato Mufti dan Dato Mufti juga telah meninggalkan banyak tulisan atau buah pena yang ilmiah. Disamping itu anak-anak murid juga ramai , salah seorang yang menjadi kesayangan beliau adalah al-ustaz Muhammad Iraq (Ketua Dewan Ulamak Pas , Kelantan ) . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lain-lain kegiatan beliau yang tidak di sentuh di sini seperti kegiatan mengajar beliau , peranan sebagai Mufti , peranan sebagai pembimbing Tahfiz Al Quran dan lain-lain hal termasuklah keadaan beliau di saat akhir sebelum meninggal , saya (abu ishaq) sangat-sangat menganjurkan para pencinta sunnah di tanah air terutama-nya anak Kelantan untuk tidak melepaskan peluang memiliki buku ini. Bagi saya beliau juga adalah ulamak aliran sunnah yang menjadi panutan pencinta sunnah dan ianya wajar ketengahkan untuk diketahui oleh masyarakat. Masyarakat Kelantan dapat berbangga dan menumpang tuah kerana pencinta dan penegak sunnah ar rasul s.a.w dapat dikatakan tali menali sambung menyambung sejak dari Tok Kenali , Dato Mufti Hj Muhammad Nor , al-Ustaz Abdul Ghani idris dan kini Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat , al-Ustaz Abdullah Qari Hj Salleh dan al-Ustaz Shaari Mustapa (Pasir Pekan) , sekadar menyebutkan beberapa nama. Persoalan-nya sekarang ,dapatkah kita berjumpa tokoh Mufti sekarang di Malaysia yang tegar dalam memperjuangkan sunnah nabi s.a.w dan sensitif terhadap persoalan bidaah yang berluasa dalam masyarakat sekarang (selain dari Matan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin) , jawapan-nya saya serahkan pada para pembaca !.

abu ishaq.















Thursday, April 8, 2010

مجموع فتاوى -Sheikh Muhammad Shalih al-'Utsaimin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


[Muslimin yang dirahmati Allah sekelian , sebagai penambahbaikan terhadap sarana-sarana peningkatan ilmu agama yang perlu kita tambahi dalam beramal, maka saya akan adakan satu ruangan soal-jawab agama di-blogspot ini yang akan meliputi berbagai -bagai masalah agama baik aqidah, ibadah , muamalat dll yang akan dijawab oleh para alim-ulamak panutan umat yang terkenal, antara-nya Sheikh Muhammad Shalih al-'Utsaimin, Sheikh Bin Baz , Sheikh al-Albaani , Sheikh Fauzan , Dr Yusof al-Qardhawi dan tidak ketinggalan ulamak aliran sunnah nusantara al-ustaz Hassan Bandung serta al-ustaz Abdul Qadir Hassan semuga Allah merahmati mereka semua. Semuga kita semua mendapat banyak manafaat darinya.]
----------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Apakah yang di-maksudkan dengan Wasitiyah (bersikap pertengahan) dalam agama (dien) ?. [kategori : Akidah]

------------------------------------------------------------------------------------------------


Jawab : Wasitiyah dalam dien adalah tidak ghuluw (berlebih-lebihan) sehingga seseorang akan melampaui batas ketentuan Allah swt dan juga tidak meringkas-nya sehingga mengurangi apa yang sudah menjadi ketentuan Allah swt.

Wasitiyah dalam dien adalah berpegang teguh dengan sunnah Nabi saw sedangkan ghuluw dalam dien adalah melampaui dan sikap taqshir (meremehkan) adalah tidak mencapai apa yang dijalani Nabi saw.

Sebagai contoh adalah seseorang berkata : Saya akan qiyamulail terus menerus dan tidak tidur sepanjang masa kerana shalat termasuk ibadah yang paling utama , maka saya akan menghidupkan malam-malam ku dengan shalat. Ini adalah ghuluw dalam dien dan ini bukan sikap yang benar. Hal seperti pernah terjadi pada masa Nabi saw . Pernah ada beberapa sahabat berkumpul dan seorang dari mereka berkata : "Saya akan qiyamulail terus-menerus dan tidak tidur". Yang lain berkata:"Saya akan puasa terus menerus dan tidak berbuka". dan yang ketiga berkata: "Saya tidak akan menikahi wanita". Berita ini sampai kepada Nabi saw . Maka beliau berdabda:

ما بال أ قوام قالوا كذا وكذا لكني أصلي وأنام وأصوم وأفطر وأتزوج النساء فمن رغب عن
سنتي فليس مني

"Mengapa ada segolongan kaum yang berkata begini dan begitu. Saya puasa dan berbuka. Saya qiamulail dan saya tidur dan saya menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku , maka ia bukan termasuk golongan ku" (Bukhari no.6101).

Mereka inilah orang-orang yang ghuluw dalam dien, Rasul saw berlepas diri dari mereka kerana meraka membenci sunnah Rasul saw yang antara-nya adalah berpuasa dan berbuka, qiyamulail dan tidur dan menikahi wanita. Adapun orang yang meringkas adalah orang yang berkata: Saya tidah memerlukan amalan sunnah . Maka saya tidak mengamalkan sunnah dan cukup bagiku mengamalkan yang fardhu saja. Bahkan bisa jadi dia meringkas yang fardhu . Inilah orang yang meringkas.

Orang yang bersikap tengah-tengah adalah yang berjalan sesuai dengan yang di tempuh oleh Rasul saw dan para khulafar rasyidin.

Contoh lain adalah: Ada tiga orang laki-laki sedangkan di depan mereka ada seorang fasik. Salah seorang di antara mereka berkata: Saya tidak mahu mengucapkan salam kepada orang fasik ini. Saya akan memutuskan hubungan dan menjauhi darinya serta tidak akan berbicara dengannya. Sedangkan orang kedua mengatakan: Saya akan berjalan dengan orang fasik ini, saya akan menberi salam kepadanya , bermanis muka dihadapannya, saya akan memanggilnya untukku, dan saya akan memenuhi panggilannya. Menurutku dia seperti orang shalih. Dan orang ketiga mengatakan: Ini adalah orang fasiq , saya membencinya kerana kefasikannya dan saya mencintainya kerana iman-nya , saya akan menghajr (memutuskan hubungan)dengannya kalau sekiranya hal itu penyebab kebaikannya , namun jika tidak dan bahkan justru akan menambah kefasikannya , maka saya pun tidak menghajrnya.

Maka kami katakan ; orang yang pertama adalah orang yang berlebihan sedangkan orng yang kedua adalah orang yang meringkas (muqassir) sedang orang yang ketiga adalah mutawassit (bersikap pertengahan).

Contoh ketiga adalah seorang lelaki yang dijadikan tawanan oleh isterinya. Dia bersikap istrinya dari perbuatan dosa serta tidak menganjurkan untuk berbuat baik. Istrinya telah menguasai akal fikirannya dan menjadi peminpinnya. Sedangkan lelaki yang kedua berbuat aniaya , sombong dan tinggi hati terhadap istrinya , tidak memperdulikannya dan menganggap istrinya lebih rendah dari seorang pembantu. Dan yang ketiga adalah orang yang bersikap tengah-tengah , menpergauli istrinya sesuai yang diperintahkan Allah da Rasulnya

ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف

Dan para wanita menpunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf.(Al baqarah - 228).

Sabda Rasul saw,


لا يفرك مؤمن مؤمنة ان كره منها خلقا ر ضي منها خرآ

Janganlah sesorang mukmin membenci istrinya, bila ia tidak senang dengan salah satu prilakunya , boleh jadi ia menyukai prilakunya yang lain. (Muslim) .

Yang terakhir inilah yang mutawassit , bersikap pertengahan. Sedangkan yang pertama adalah ghuluw dalam bergaul dengan istrinya dan yang kedua adalah meringkas. Maka qiaskanlah amal-amal dan ibadah-ibadah yang lain dengan ini.


sekian.