Thursday, March 17, 2011
Thursday, December 9, 2010
Tuesday, October 5, 2010
Monday, May 24, 2010
Ulasan Buku 4 - Dato Mufti Hj. Muhammad Nor Kelantan-Tokoh ulamak aliran Sunnah yang hafaz al-quran.
.jpg)
Itulah sebahagian daripada sikap Dato Mufti dan Dato Mufti juga telah meninggalkan banyak tulisan atau buah pena yang ilmiah. Disamping itu anak-anak murid juga ramai , salah seorang yang menjadi kesayangan beliau adalah al-ustaz Muhammad Iraq (Ketua Dewan Ulamak Pas , Kelantan ) . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lain-lain kegiatan beliau yang tidak di sentuh di sini seperti kegiatan mengajar beliau , peranan sebagai Mufti , peranan sebagai pembimbing Tahfiz Al Quran dan lain-lain hal termasuklah keadaan beliau di saat akhir sebelum meninggal , saya (abu ishaq) sangat-sangat menganjurkan para pencinta sunnah di tanah air terutama-nya anak Kelantan untuk tidak melepaskan peluang memiliki buku ini. Bagi saya beliau juga adalah ulamak aliran sunnah yang menjadi panutan pencinta sunnah dan ianya wajar ketengahkan untuk diketahui oleh masyarakat. Masyarakat Kelantan dapat berbangga dan menumpang tuah kerana pencinta dan penegak sunnah ar rasul s.a.w dapat dikatakan tali menali sambung menyambung sejak dari Tok Kenali , Dato Mufti Hj Muhammad Nor , al-Ustaz Abdul Ghani idris dan kini Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat , al-Ustaz Abdullah Qari Hj Salleh dan al-Ustaz Shaari Mustapa (Pasir Pekan) , sekadar menyebutkan beberapa nama. Persoalan-nya sekarang ,dapatkah kita berjumpa tokoh Mufti sekarang di Malaysia yang tegar dalam memperjuangkan sunnah nabi s.a.w dan sensitif terhadap persoalan bidaah yang berluasa dalam masyarakat sekarang (selain dari Matan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin) , jawapan-nya saya serahkan pada para pembaca !.
Thursday, April 8, 2010
مجموع فتاوى -Sheikh Muhammad Shalih al-'Utsaimin
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan para wanita menpunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf.(Al baqarah - 228).
Sabda Rasul saw,
لا يفرك مؤمن مؤمنة ان كره منها خلقا ر ضي منها خرآ
Janganlah sesorang mukmin membenci istrinya, bila ia tidak senang dengan salah satu prilakunya , boleh jadi ia menyukai prilakunya yang lain. (Muslim) .
Yang terakhir inilah yang mutawassit , bersikap pertengahan. Sedangkan yang pertama adalah ghuluw dalam bergaul dengan istrinya dan yang kedua adalah meringkas. Maka qiaskanlah amal-amal dan ibadah-ibadah yang lain dengan ini.
sekian.
Thursday, July 2, 2009
Siri as-sunnah 3 - Mari berdoa (berqunut) dalam solat witir !
اَللّهُمَّ اهدِنِي فِيمَن هَدَيتَ وَعَافِنِِِي فِيمَن عَافيتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَن تَوَلَّيـتَ
وَبَارِك لِي فِيمَا أعطَيتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قََضَيتَ اِنَّكَ تَقضِي وَلاَ يُقضَى عَلَيكَ
وَاِنَّه لاَيَزِلُّ مَن وَالَيتَ وَلاَ يَعِزُّ مَن عَادَيتَ تَبَارَكتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيتَ
Sekarang mari kita cuba petik beberapa ibrah dan makna daripada beberapa rangkai doa di atas. Pertama-nya lafaz;
اللهم اهدني فيمن هديت
"Ya allah ! berilah aku petunjuk bersama orang yang telah engkau beri petunjuk...."
Apakah maksud petunjuk dalam doa di atas? Adakah makna-nya berilah aku petunjuk (kebenaran) bersama dengan orang yang telah engkau tunjuki atau makna-nya tunjuk lah aku kebenaran dan/serta berilah aku (hidayah) taufik untuk aku tempuhi-nya.? Jawaban-nya ialah yang ke-duanya. Dan inilah yang di pilih oleh Sheikh Muhammad Shalih al-Utsaimin (al-marhum , bekas Mufti Arab Saudi) . Menurut-nya makna doa tersebut adalah tunjukkanlah aku kepada kebenaran dan berilah aku taufik untuk kebenaran itu.Diertikan demikian sebab petunjuk yang sempurna lagi bermanfaat itu adalah petunjuk yang telah Allah padukan didalam-nya bagi seorang hamba antara ilmu dan amal. Menurutnya lagi petunjuk yang tidak di iringi dengan amal perbuatan, maka ia akan sia-sia bahkan sangat merbahaya. Kerana setiap orang yang tidak mengamalkan ilmu yang ia miliki , maka ilmunya itu justru akan berbalik menjadi bencana bagi dirinya sendiri.
Contoh petunjuk yang berupa ilmu yang tidak di barengi dengan perbuatan adalah sebagaimana firmah Allah yang bermaksud; "Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk itu..." (Fushilat, 17). Makna ( فهدينا هم ) ..."Mereka telah kami beri petunjuk" ialah kami telah menjelaskan kepada mereka jalan (kebenaran) dan telah menyampaikan kepada mereka ilmunya. Akan tetapi mereka berbuat yang sebaliknya ... na'uudzubillah min dzalik . Oleh itu sayugia bagi kita kaum muslimin sekelian untuk kita memohon kepada Allah supaya kita sentiasa di beri hidayah petunjuk ilmu serta amal , kerana ilmu akan bertindak sebagai petunjuk bagi kita manakala amal perbuatan sebagai taufiq.
Mari kita cuba selami satu lagi maksud doa di-atas iaitu; ...وبارك لي فيما أعطيت "berilah keberkahan terhadap apa yang telah engkau berikan kepada ku..." Menurut as-sheikh lagi , Para ulama menyatakan bahwa berkah itu bererti kebaikan yang melimpah , yang tetap dan berkesinambungan.Dan menurut para ulama kata asalnya ialah al-birkah yang bererti tempat berkumpulnya air. Al-birkah yang bermakna tempat berkumpulnya air , iaitu suatu tempat yang luas dan dipenuhi dengan air yang banyak serta diam, tidak mengalir. Maka berkah itu laksana suatu kebaikan yang melimpah ruah dan tetap tidak berkurangan dari kebaikan. Dan ...." pada apa yang engkau berikan pada ku" Dari pemberian apa ? Adakah dari harta , anak atau ilmu? Menurut as-sheikh , katanya dari kesemua-nya, dan setiap sesuatu yang telah Allah berikan kepada anda, hendaknya di minta kepada-nya suatu keberkahan didalam pemberian tersebut. Sebab tanpa adanya keberkahan dari Allah pada apa yang ia berikan , maka bererti Anda terhalang dari kebaikan yang berlimpah. Kita sendiri boleh renungkan dan perhatikan , berapa banyak orang yang Allah kurniakan harta yang banyak tetapi hartanya tidak boleh di ambil manfaat, dan berapa banyak pula orang yang Allah kurniakan ilmu padanya tapi sayang manusia tidak tidak bisa mengambil manfaat dari ilmu yang ia miliki baik pengajaran, nasihat ataupun tulisan . Kita memohon pada Allah supaya kita di jauhkan dari bencana ini semua.
Pantas nya doa qunut mempunyai banyak sekali manfaat-nya dalam bentuk doa permohonan yang kita panjatkan kepada Allah swt , apatah lagi ia merupakan sunnah nabi kita saw yang sayugia kita yang mengaku mencintai nabi saw melazimi sunnah-nya. Sangat disayang , masyarakat kita sebahagian besar-nya melakukan qunut witir ini hanyalah dibulan ramadhan sahaja sebagaimana yang kita semua maklumi. Ya Allah berilah kami hidayah petunjuk agar kami sentiasa melazimi sunnah nabi mu .. اللهم امين
abu ishaq.
Sunday, May 31, 2009
Ulasan Buku 3 - Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru - Syaikh Salim 'led al-Hilaly

Tajuk Buku : Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru.
Pengarang : Syaikh Salim 'led al-Hilaly (Murid Senior Syaikh Nashiruddin al-Albani)
Penerbit : Pustaka Darul Ilmi (March 2009)
Harga : RM 19.50 (176 ms)
Teks Hadits (Tsauban ra) :-
عن ثوبان رضي الله تعالى عنه مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يوشك أن تداعى عليكم الأمم من كل أفق كما تداعى الأكلة على قصعتها وفي رواية : قصعتهم وفى أخرى : على القصعة أكلتها
قال : قلنا يا رسول الله أمن قلة بنا وفي رواية : نحن يومئذ؟
قال : لا (وفي لفظ : بل) أنتم يومئذ كثير (وفي رواية : أكثر)(عددكم) ولكن تكونون (وفي رواية : ولكنكم) غثاء كغثاء السيل ينتزع المهابة من قلوب عدوكم (وفي رواية : ولينتزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم) ويجعل (وفي رواية : وليقذفن الله) في رواية أخرى : ولتعرفن في قلوبكم الوهن
قالوا : يا رسول الله وما الوهن؟
قال : حب الدنيا وكراهية الموت وفي رواية : وكراهية الأخرة
Umat Islam khususnya dizaman muta-akhir ini sedang mengalami fitnah , kelemahan serta perpecahan yang sangat dasyat dan sedang dikepung (i.e menyerang kalian dari segenap penjuru ) persis seperti hadits yang peringatkan oleh ar-rasul saw diatas. Kita seolah-olah menjadi 'santapan' umat-umat kafir sebagaimana keadaan orang-orang yang lapar sedang mengerumuni untuk menyantap makanan. Saudara-saudara ku, muslimin dan muslimat sekalian , buatlah satu senarai malapetaka 'santapan' di atas . Di Chehnya , Palestin , Uzbeskistan, Tajikistan, Iraq, Somalia, Kashmir, Afghanistan, Mindanao, Xinjiang (Cina) , Arakan (Muslim Rohingga Burma) dan yang terbaharu dan masih panas di lembah Swat (Swat Valley) Pakistan. Perhatikan bahawa sebahagian besarnya umat islam dikepung di wilayah umat islam sendiri (i.e mengerumuni kalian - i.e datang kepada kalian ) . Pen-anayaan dan pembantaian ini dapat kita ikuti dan lihat menerusi media internet yang boleh dicapai oleh setiap orang. Dan umat-umat kafir (mereka dan golongan munafik dari kalangan yang mengaku Islam di Negara Umat Islam) melakukan pembantaian terhadap Umat Islam tak lain tak bukan disebabkan satu penyakit, iaitulah penyakit al-wahn (cinta dunia dan takutkan mati) walaupun kita pada masa sekarang ini ramai bilangan tapi kita seolah-olah seperti buih sahaja , tiada kekuatan.......betapa tidaknya apabila umat islam telah menjadikan dunia sebagai matlamat utama kehidupan mereka dengan berlumba-lumba mengejarnya dan akhirat seolah-olah sesuatu yang jauh. Ini mengingatkan kita semua pada satu hadits lain yang pernah diperingatkan kepada kita oleh ar-rasul saw bahawa baginda saw tidak bimbang terhadap kemiskinan yang akan menimpa kita semua tapi yang dibimbangi oleh beliau saw adalah apabila dunia di bentangkan kepada kalian dan..........
Ini adalah nubuwwah ar-rasul saw, beliau menyebutkan apa yang akan kita umatnya alami (diperlakukan) dan beliau sendiri telah juga menginformasikan pada kita penyebabnya. Malangnya dan ini sangat menghairankan kerana ada sebahagian daripada generasi kebelakangan yang cuba memperdebatkan hadits Tsauban di atas dengan beranggapan bahawa hadits ini bertujuan membawa umat ini kepada sikap rela dan berdiam diri terhadap keadaan hina dan rendah diri ini serta tidak ada upaya merubah realita umat islam. Bertitik tolak daripada inilah , Syaikh Salim al-Hilaly tampil menerusi penulisan ini dalam rangka menjelaskan kesahihan status hadits ini serta menyingkapi makna-makna yang tinggi dengan penjelasan yang menghubungkan realita umat islam dengan sunah-sunah (ketetapan) Allah swt yang berlaku. Bagi yang belum mengenali, Pengarang kitab ini merupakan ulamak yang sudah sangat terkenal di timur tengah dan dari aliran sunnah dan juga merupakan anak murid terkenal Syaikh Nashiruddin al-Albani sehebat Syaikh Arnaut (juga murid al-Albani). Kitab ini mengetengahkan di-awal-awal nya teks hadits Tsauban di atas beserta dengan takhrij-nya sekali dan ini merupakan metod yang standard bagi pakar-pakar hadits kebelangan ini. Kitab dibahagikan kepada 13 bab-(Meliputi Faedah) (yang dapat dipetik dari hadits Tsauban) yang dikategorikan sebagai bab-bab yang tersendiri seperti berikut:-
Faedah 1 : Orang-orang kafir Saling Bermusuhan Antara Mereka.
Faedah 2: Seluruh Umat Kafir Memusuhi Islam, Kaum Muslimin Dan para Da'i-nya.
Faedah 3: Kekuatan Orang Kafir Sentiasa Mengintai Pergerakan Kaum Muslimin.
Faedah 4: Negara-negara Kaum Muslimin Merupakan Sumber Kebaikan Dan Berkah.
Faedah 5: Umat-umat Kafir Telah Merampas Kebaikan & Mencuri Kekayaan Kaum Muslimin.
Faedah 6: Umat Kafir Telah Membuat Negeri Kaum Muslimin Menjadi Negeri Kecil Yang Berkeping-keping.
Faedah 7: Unsur-unsur Kekuatan Kaum Muslimin Bukan Pada Jumlah & Persenjataan Mereka.
Faedah 8: Umat Islam Tidak Memiliki Nilai Dihadapan Umat-umat Kafir.
Faedah 9 : Umat-umat Kafir Tidak Merasa Takut Kepada Umat Islam.
Faedah 10: Cinta Dunia & Pengaruhnya Bagi Umat Islam Tentang Beberapa Pemisalan Yang Menjelaskan Hakikat Dunia.
Faedah 11: Umat-umat Kafir Sekali-kali Tidak Akan Mampu Memusnahkan Umat Islam.
Faedah 12: Agama Islam Akan Jaya Meskipun Orang-orang Musyrik Tidak Suka.
Faedah 13: Tashfiyah & Tarbiyah Adalah Jalan Kami Untuk Memulai Kehidupan Yang Islami Dan Mendirikan Khilafah Yang Lurus Di atas Manhaj an-nubuwwah Serta Menerapkan Hukum Allah Dibumi.
Faedah-faedah diatas merupakan mutiara ilmu yang dapat kita petik dari hadits Tsauban hasil dari komentar pakar hadits ini. Saya sangat-sangat menganjurkan kepada saudara saya muslimin dan muslimat yang mencintai ilmu untuk tidak melepaskan peluang memiliki penulisan yang sangat bernilai ini yang secara langsung mensyarahkan hadis Tsauban di atas. Sebagai perkongsian bersama hasil penulisan Syaikh Salim al-Hilaly memang sudah menjadi satu koleksi di Maktabah Salafiah kami. Seingat saya beliau pernah menyertai satu seminar di USM dalam satu majlis bersama Dr Mohd Asri zainul Abidin , mantan Mufti Perlis.
Ulasan oleh : Abu Ishaq.
