
Berbalik kepada perbahasan asal. Tempias daripada fitnah terhadap prinsip & manhaj salafi inilah membawa kepada lahirnya kenyataan oleh Tuan Mufti Johor dalam media " Semenanjung" keluaran 14/7/58 terhadap kitab "Ibadat Rasulullah" yang di tulis oleh Ustaz Abu Bakar Assyaari , juga seorang pembawa bendera islah, (islah/salafi/as-sunnah/kaum muda/wahabi/reformis adalah dari konotasi yang sama , sekadar memudahkan perbincangan dan ulasan) dari Perlis. Secara spesifiknya kenyataan beliau adalah dikatakan jutaan telah masuk kristian dan menjadi komunis konon-nya was-was yang dibawa oleh kaum muda, Kaum muda menerima fatwa dari Qadiani ?, serta kaum muda tidak percaya kepada tiang agama ?. Selain daripada menjawab secara tuntas persoalan-persoalan di atas oleh Bapak Hamka, masalah Khilafiah juga di sentuh seperti masalah melafaz niat dengan ussalli yang tiada berasal dari nabi saw, juga sahabat , juga ke-empat Imam yang keterangan-nya di ambil dari kitab "Zaadul Ma'ad' oleh Ibnu Qayyim , sekadar mengambil contoh. Juga penderian kaum muda terhadap beberapa perkara "tambahan".
Dan terhadap kenyataan yang mengatakan kaum muda tidak menghormati ulama ?, oleh kaum tua membawa kepada konotasi bahawa bagi mereka mewajibkan kita bertaqlid kepada ulama , yang bagi mereka taqlid mahu dijadikan tiang agama. Apa pun untuk mendapatkan penjelasan , saya menyarankan kepada para pembaca untuk mendapatkan naskah ini. Usaha Pustaka Dini dalam menerbitkan karya Pak Hamka ini adalah satu usaha yang patut di puji apatah lagi sebahagian besar karya karya Pak Hamka yang lain-nya telah juga di-terbitkan oleh penerbitan yang sama melainkan karya Pak Hamka yang klasik iatu Tafsir Al-Azhar. Selamat menbaca !
ulasan oleh : abuishaq
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komentar anda.