Wednesday, February 11, 2009

Salam Pengenalan...........


Assalamualaikum ...saudara ku muslimin dan muslimat semua, semuga kita semua di rahmati allah swt . Sebagai menyahut arus aliran dakwah/tajdid/sunnah melalui media internet yang begitu pesat sekarang ini, saya kira saya juga harus bersama arus tersebut demi memperkasakan medan dakwah islami, lebih-lebih lagi aliran sunnah. Pun begitu saya merasakan saya begitu kerdil apatah lagi saya bukan dari kalangan agamawan, namun latar belakang saya adalah bidang kejuruteraan. Mungkin ada baiknya saya memperkenalkan dulu sedikit latarbelakang saya. Saya anak Kelantan, tepatnya Pasir Mas. Mendapat pendidikan awal hingga tingkatan lima dan selepas MCE pada tahun 1979 saya ditawarkan biasiswa ke UK untuk mengikuti A level di City of Bath Technical College, seterusnya ke University of Liverpool dalam bidang Civil Engineering dan akhirnya ke University of Strathclyde dalam bidang Water Engineering......kiranya cukup untuk latarbelakang pendidikan.


Namun semasa di UK lah saya bersama arus islami dari segi fikrahnya memikirkan semasa di UK dengan budaya barat yang menghayutkan bahkan boleh menyesatkan, secara spontan kita dengan sendirinya harus pertahankan identiti islam kita. Disinilah tasawwur islami di pertingkatkan melalui pembacaan , usrah , islamic gathering......dsb-nya. Ya disini lah saya mengenali YB Dr. Dzulkefli Ahmad, MP Kapar dari IRC ketika itu. Beliau bagi saya seorang yang sangat warak dan tawaddhu dan saya kagum dengan beliau. Seorang yang sangat luas pembacaannya dan penyampai tazkirah yang handal,.......kiranya cukup untuk latar belakang fikrah saya ketika itu.




Kembali ke tanah air saya berkhidmat di Kelantan pada awalnya. Dan disinilah saya di perkenalkan dengan aliran sunnah. Ya...kelantan serambi mekah dengan aliran tradisional yang kuat ! Amalan masyarakatnya (sudut ibadahnya) banyak di pengaruhi oleh pengaruh ini.... Saudara-saudari ku kaum muslimim , disini jugalah saya mula menambah pembacaan saya dan juga mula bersikap kritikal sedikit....maksud saya apakah di sana terdapat dalil sahih ....tentang amalan-amalan tersebut. Apatah lagi semasa di England , sewaktu beriteraksi dengan saudara seislam dari arab saudi, iraq, mesir dan negara timur tengah amalan yang saya maksudkan tidak dilakukan oleh kaum muslimin sebelah sana. Sikap kritikal saya mendorong saya untuk menilai dari sudut kesahihan hadits-hadits yang dijadikan hujah. Apatah lagi ulamak tersohor dari Kelantan , Tok Kenali rh rupanya seorang ulamak yang beramal dengan sunnah nabi saw. Ini saya dapati daripada pembacaan saya dari hasil penulisan seorang ulamak aliran sunnah yang terkenal di Kelantan , siapa lagi kalau tidak al-ustaz Abdullah al-qari dari Kubang Kerian. Beliau juga menjadi ulamak penegak sunnah panutan saya. Pengalaman pertama saya berjumpa dengan beliau dirumahnya masih dalam ingatan saya . Beliau secara langsung mengingatkan saya sewaktu akan berpisah supaya saya bersungguh menegakkan sunnah nabi saw !.Dan seorang lagi ulamak yang menjadi panutan saya dari Kelantan yang beraliran sunnah ialah al marhum al-ustaz Drs Abdul Ghani Azmi, pakar hadits dari Kelantan yang buah tulisan-nya menjadi koleksi saya.


Alhamdulillah saya juga berkesempatan untuk mengikuti pengajian bahasa arab bersama seorang saudara baru dari amerika , al-ustaz taha selama 3 tahun di Kubang Kerian. Program yang digunakan adalah program bahasa arab universiti Madinah ,karangan Dr Abdul Rahem. Beliau juga merupakan bekas pelajar Dr Abdul Raheem di Madinah.Dikesempatan inilah saya lebih lanjut diperkenalkan dan di interaksikan dengan aliran sunnah , dakwah salafiyah dsb-nya.


Itulah serba ringkas latar belakang saya untuk di kongsi bersama. Dan seperti yang telah saya nyatakan di awal-awal tadi saya ingin bersama dengan aliran sunnah ini dan juga mengambil bahagian dalam memperkasakan aliran ini. Tidak timbul soal Wahabi dan apa jua label yang dilemparkan. Walaupun dari sudut fiqh ibadah saya akui saya lebih memilih pandangan ulama-ulama dari arab saudi dan kitab kitab mereka menjadi rujukan saya dan keluarga. Bagi saya sekiranya hadits itu sahih , itulah hujah saya dan itulah yang akan menjadi junjungan saya. Oleh itu wahai saudara ku , muslimin dan muslimat yang saya kasihi semua marilah kita menyelusuri sunnah junjungan nabi kita saw. Bukankah dia saw rasul kita, bukankah dia saw panutan kita, bukankah dia saw yang akan memberi syafaat kepada kita ? Mana mungkin kita memperolehi syafaatnya sekira-nya kita tidak mengikuti contoh tauladan beliau dalam semua aspek kehidupan kita. Marilah kita menjadikan kecintaan kita pada beliau dengan kita mengikuti segala sunnah beliau yang agung. Bukan kah beliau saw telah menyebubkan dalam satu hadits; "Setiap insan akan bersama dengan orang yang dicintai-nya" (HR at-tarmizi/ abu daud). Inilah berita gembira yang besar untuk setiap mereka yang mencintai beliau saw.


Juga firman allah swt (yang bermaksud) ; "Barangsiapa yang menaati rasul , maka sesungguhnya dia telah menaati allah" (an-nasa'-80)


"Katakan lah , jika kamu mencintai allah, ikutilah aku, nescaya allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu" (ali-imran-31).


Insya-allah sebagai permulaan saya akan gunakan medan ini untuk membedah buku-buku yang kiranya perlu untuk diperkenalkan untuk tatapan umum (Maktabah salafiyah kami) dan juga siri-siri sunnah secara berkala. Semuga allah swt memberi kekuatan pada saya untuk ini dan semuga ianya menjadi salah satu amal jariah saya di hari saya berpisah dengan dunia yang fana ini juga penuh tipudya ini. ameen........






3 comments:

Sila tinggalkan komentar anda.